
11 Jan 2008, SHAH ALAM : Lapan peserta meneruskan cabaran masing-masing ke pusingan berikutnya apabila Iz, peserta yang berasal dari Kuala Lumpur, akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat OIAM setelah persembahannya saban minggu kerap kurang meyakinkan para juri, Paul dan Syafinaz dan menerima undian terendah dari penonton. Cabaran malam tadi telah menyaksikan cuma tinggal tiga orang sahaja peserta lelaki berbanding lima orang peserta wanita dalam saingan OIAM ini.
Pusingan minggu ini yang bertemakan "R&B" di mana para peserta mempersembahkan lagu masing-masing dalam rentak tersebut. Seperti minggu-minggu sebelumnya, peserta yang paling menyerlah dengan persembahan mantap merupakan Siti Sarah dan minggu ini juga menyaksikan beliau akhirnya berjaya keluar dari kelompok peserta tercorot dalam kiraan undi penonton.
Minggu ini rancangan OIAM dimeriahkan lagi dengan kemunculan istimewa penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia,
Che'Nelle yang tampil membawakan lagu popular beliau
'I fell in love with the DJ'. Che'Nelle juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata perangsang buat para peserta OIAM.
Lagi foto-foto di
SINI...
dbins | guard_xonSaturday 12 January 2008 - 03:21:10
comment: 0