
28 Dis 2007, SHAH ALAM : Persaingan Top 10 malam tadi menyaksikan dua peserta tersingkir dari cabaran One In A Million musim kedua ini. Peserta pertama yang diumumkan tersingkir merupakan Shahron bin Hussein (Rony), yang berasal dari Johor Bahru.
Debaran semakin kencang di Sri Pentas 2 malam tadi apabila Siti Sarah yang merupakan salah seorang penyanyi popular tanahair dan lebih berpengalaman berbanding peserta lain diumumkan antara 3 peserta terendah dalam pungutan undian SMS. Namun Siti Sarah akhirnya terselamat dari penyingkiran apabila peserta bersuara husky, Rina yang merupakan juara Bintang RTM diumumkan tersingkir dari saingan seterusnya. Masing-masing Rony dan Rina menyampaikan lagu terakhir malam tadi mengakhiri cabaran mereka di One In A Million.
Lagi foto-foto di
SINI...
Pelbagai aktiviti promosi telah dirancangkan terutamanya program bertemu peminat yang akan diadakan di bandar-bandar besar seluruh negara bagi menghangatkan lagi program One In A Million ini. Para peminat boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu secara dekat dengan finalis kegemaran mereka;
- 29/12/2007, 3-5pm di Selayang Mall, KL
- 05/01/2008, 3-5pm di Seremban Parade, Seremban
- 12/01/2008, 3-5pm di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
- 19/01/2008, 3-5pm di Gurney Plaza, Penang
- 26/01/2008, 3-5pm di Kuantan Parade, Kuantan
- 02/02/2008, 3-5pm di The Summit, Subang jaya
- 16/02/2008, 3-5pm di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
- 23/02/2008, 3-5pm di Cineleisure, Damansara
Nantikan kehadiran finalis pilihan anda... jangan lupa temujanji ini, jumpa di sana di sana di sana...
dbins | guard_xonSaturday 29 December 2007 - 20:03:26
comment: 0