Res-Q Photomedia: MUZIK-MUZIK 2007 : SEPARUH AKHIR POPROCK
Res-Q Laman Utama Forum Daftar Newsfeeds

 MUZIK-MUZIK 2007 : SEPARUH AKHIR POPROCK

Muzik2 Poprock
26 Nov 2007, SHAH ALAM : Datuk Siti Nurhaliza menebus kekecewaannya minggu lalu apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu edisi ke-22 menerusi lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zhen dan lirik oleh PSSN bersama lima lagi lagu lain dalam pusingan Separuh Akhir Poprock yang dipertandingkan di Sri Pentas 2, Shah Alam malam tadi.

Lima lagi lagu yang layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu adalah Itu Kamu ciptaan Estranged dan lirik oleh Richael Gimbang dendangan Estranged, Janjiku ciptaan dan lirik oleh Tass & Taja dendangan Sofaz, Angan & Sedar ciptaan M.Nasir dan lirik Loloq dendangan Mawi, Sembunyi ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Loloq dendangan Misha Omar & Andy Flop Poppy dan lagu terakhir adalah Farhana ciptaan Denai dan lirik oleh Andy Rahman dendangan Jinbara.

Lagi foto-foto di SINI.


Empat lagi lagu yang bertanding dalam pusingan Separuh Akhir Poprock ini adalah Percayalah Sayang ciptaan Vince dan lirik oleh M.Zulkifli dendangan Vince, Aku Pencintamu ciptaan dan lirik Ajai dendangan Felix, Satu Harapan ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nurfatimah dendangan Jaclyn Victor dan Tiga Malam Tanpa Bintang ciptaan Master G dan lirik oleh Azmeer dendangan Fiq.

Dalam pusingan Separuh Akhir Poprock ini, enam lagu telah diumumkan layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu sementara 5 lagu dari kategori Balada dan cuma tiga lagu dari kategori Etnik Kreatif.

dbins | guard_xonMonday 26 November 2007 - 02:26:11
comment: 0